Ketika ini ramai yang sudah mula pandai bersuara menuntut hak.
Peristiwa 10.11.07 untuk perhimpunan BERSIH seperti satu perhimpunan
untuk menunjukkan hak dan kewujudan terutama kewujudan orang melayu.
Saya tidak membangkang namun rasa sedih mula timbul bila lihat orang
melayu terpaksa mengadakan perhimpunan untuk mendapat hak di tanah
Melayu sendiri. Sedih bila mengenang perjuangan dari rentetan
sejarah dari zaman perjuangan melayu menuntut hak dengan penjajah
Portugis, menuntut hak dari penjajah Belanda, menuntut hak dari
penjajah Inggeris, menuntut hak dari tentera Jepun, menuntut damai
dari Komunis, tapi hingga hari ini sudah 50 tahun MERDEKA orang
Melayu masih menuntut hak dari kaum sendiri. Saya orang melayu,
datuk nenak saya hidup dalam kelompok penjajahan yang menuntut
berjuang supaya anak cucunya tetap menjadi Melayu dan ada hak di
Tanah Melayu. Bila ada suara mengatakan Melayu Mudah Lupa saya tidak
setuju. Orang melayu pada zaman ini terpaksa atau dipaksa untuk
melucutkan status Melayu itu sekiranya hendak "hidup". Orang Melayu
berniaga hanya jadi orang tengah bukan lagi tuan tanah. Hidup
sebagai orang tengah bukan mudah. Saya bukan mahu mencantikkan
bahasa dalam tulisan tetapi kalau kita timbang kita fikir ada "satu
kumpulan" yang tidak nampak tapi "ada" dengan halus berjuang dengan
megah, dengan DENDAM agar Melayu dimusnahkan, dengan cara halus
seperti fitnah bermula dari keluarga, rakan sekerja atau seperniaga,
dengan memberi rasuah, dengan memberi perempuan, . Pernah saya
dengar kalau di Singapura orang Cina adalah kaum kelas pertama,
Orang India kaum Kelas ke dua dan sangat sedih bila mendengar orang
Melayu Singapura di panggil golongan "PARIA" golongan yang paling
corot dan rendah sekali. Di Malaysia tanah tumpah ornag Melayu,
kalau dulu tukang cuci longkang cuci tandas kita lihat ramai orang
Indonesia, orang India, atau orang Bangladesh yang melakukan kerja
di Malaysia tetapi kini orang Melayu tertunduk-tunduk bawah longkang
sedang mengutip sampah dan orang Cina menunding jari menunjuk dengan
hanya menyuruh. Orang Melayu sebenarnya sedar, Pemimpin kita juga
sedar, tak kira UMNO, ADIl, PAS atau pertubuhan melayu yang lain.
tetapi askar-askar halimunan (seperti pendatang tanpa izin) datang
dengan misi dan visi untuk menghapuskan Melayu di Tanah Melayu.
Jangan salahkan UMNO, Jangan salahkan PAS atau keadilan.(Mereka
semua adalah Pejuang). Apa yang patut kita buat kini ORANG MELAYU
PERLU INGAT....KITA ADALAH TUAN TANAH, KITA ADA HAK....KITA ADA
TANGGUNGJAWAB....KITA KENA PASTIKAN KITA TIDAK BERGADUH, KITA
SEPATUTNYA BERSATU, IBU BAPA JANGAN PILIH KASIH, ADIK BERADIK
JANGAN BERDENGKI, KAWAN SAHABAT ANDAI JANGAN BERFITNAH, SUAMI
ISTERI JANGAN CURANG, ANAK-ANAK KENA HORMAT, PEMIMPIN KENA AMANAH.
RAJA MELAYU ADALAH PEMERINTAH.